Seminar Kepustakawanan 2025
Loading...
Date
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
16–17 Julai 2025 | Kuching – Seminar Kepustakawanan 2025 anjuran Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub (PeTARY), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah berlangsung dengan jayanya di Borneo Cultures Museum, Sarawak, menghimpunkan pengamal perpustakaan dan maklumat dari pelbagai institusi dalam dan luar negara.
Bertemakan “Inovasi Mapan dalam Perpustakaan – Menghubungkan Dunia Digital dan Fizikal”, seminar ini menampilkan sesi pembentangan kertas kerja yang menyentuh pelbagai aspek kepustakawanan kontemporari termasuk transformasi digital, komuniti perpustakaan, kelestarian maklumat, serta peranan pustakawan dalam era teknologi hibrid.
Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) turut serta dalam seminar ini melalui kehadiran Ketua Pustakawan, En. Mohammed Dzulkarnain Abdul Karim bersama dua orang pegawai, Cik Noor Faezah Shaari (Pustakawan Kanan) dan En. Mohamad Sani Sanusi (Pustakawan). Penyertaan ini menzahirkan komitmen PJTI dalam menyokong pembangunan profesionalisme pustakawan dan memperkukuh jaringan kerjasama strategik sejajar dengan aspirasi UPNM30.